Thursday, July 17, 2008

ISLAM HADHARI SESAT:SYEIKH WAHBAH ZUHAILI

ISLAM HADHARI SESAT:SYEIKH WAHBAH ZUHAILI
Dikirim pada Julai 2, 2008 oleh ibnuabbas
Beberapa hari ini orang ramai bercakap tentang isu liwat. Penulis percaya bahawa ini merupakan suatu kaedah ‘political diversion’ yang dilakukan oleh pemimpin politik yang mahukan rakyat mengalihkan pandangan kepada isu-isu selain dari isu besar seperti kes penyelewengan yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berkait Anwar Ibrahim. Begitu juga tidak mustahil isu liwat ditimbulkan untuk alihkan pandangan rakyat dari isu al tantuya. Walaupun rata-rata penganalisis politik mengetahui taktik ini, namun ia tetap mempengaruhi rakyat terbanyak (mungkin 40% hingga 60%) daripada bercakap tentang isu sebenar (tidak ketinggalan juga isu minyak hampir-hampir tenggelam kerana SAIFUL!!!).
Saya sengaja menghantar petikan dari email seorang sahabat yang belajar di timur tengah dalam kesempatan beliau dan rakan-rakannya bertemu dengan Ulama’ tersohor Syeikh Wahbah Zuhaili yang pernah datang ke Malaysia untuk menghadiri Multaqa’ Alumni Al Azhar, lalu dieksploitasikan kehadiran as Syeikh dan beberapa Ulama’ lain termasuklah Syeikh Said Ramadhan al buti untuk meng’HARUS’kan ISLAM HADHARI yang ternyata SESAT dan MENYESATKAN !!!
…………………………………..
Thursday, June 26, 2008
ISLAM HADHARI SESAT!!! SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI

“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.




Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.

Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.

“Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki),” jelas Sheikh Wahbah lagi.

Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.

“Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari”, jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.

Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.

Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.

Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia. Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.